BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

musicaa

.ESTANGOIZEY.

.ESTANGOIZEY.
.

Wednesday, March 20, 2013

Student Life

Tell you what, minggu ini dan minggu lepas minggu yang tersangatlah stress. Like seriously, when quiz, test, assignments untuk 6 subjects di kumpul dan di buat dalam masa 2 minggu ni. Setaip hari ada test or quiz or presentation, kadang-kadang sampai 2 test dalam satu hari. Agaknya UiTM ni sayang sangat kat student final sem kan. Bagi kaw-kaw punya sebelum habis study. Pehh Pehh! Sabar jelah. Yelah, lepas ni dah habis diploma. Yeayyy ;)

So, nothing much yang interesting pun untuk entry kali ni. Just nak share some pictures of mine. Boring-boring, snap gambar. Biasa lah tu. Tu dah jadi habit keramaian wanita. Keramaian yea, bukan semua.

So, here we go, uploading the pictures...












okay, dah! tu je. okaybye! emwah 
xoxo

Thursday, February 21, 2013

4 Weeks to go for Final Exam






Today, 21st of February, it means, the final exam is just around the corner. Hellyeah that I am superb excited! After 3 years, finally, this is what I'm waiting for, end of Diploma. Talking about Diploma, oh, surely I will miss those moments. Those ups and downs! Those people that lighten up my day and my life. 

Diploma is where I met various kind of people, in term of good and bad. Like seriously, friends build what we are now. If we make friend with the right person, then, we will be a better person and vice versa. As an accounting student at UiTM, to be frank, I'm proud because accounts is not an easy subject and I'm still here and now I'm Semester 6 of Account Information System Student. 

At first, when I get to know that I got further my study in UiTM PLUS in accounts, first thing that cross my mind is, "Mama must be proud of me." and yeah, when I told Mama that i get account in UiTM, she's so happy. Never is more wonderful than seeing our parents proud of our achievement and proud of us, isn't it?

Okay, now, I'm still puzzling about what should I do after I grad, either to work or further my degree. My CGPA to be frank is not as brilliant as other students in my batch, and that's what I scared of. In Degree, I don't have many choices. Bachelor in Account is the only hope! Wish me luck on that. I just wish I got place in Bachelor in Accounts. I believe in second chance and nothing is impossible! Stay optimist ;)

ENJOY THE PICTURES OF MINE :)
.







Monday, February 4, 2013

February



Salam Bulan February.
Woah, sopan je pemula bicara. Haha. Happy dapat bertemu lagi bulan Februari tahun ni. Bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Bulan kelahiran lah katakan. 

Oh yeah, nak berkongsi lah juga tentang apa yang Raa tahu setakat 4 haribulan Februari ni. paling hot kat Twitter sekarang yang dorang gembar-gembur pasal kerajaan akan spent RM2Juta untuk PSY datang Malaysia nanti. Sejauh mana kesahihannya tu, tak tahu lah eh. Tapi, ada kawan yang cakap, daripada sumber Awani501, mengatakan yang kerajaan tiada menyumbang apa-apa pun. Yang mana satu betul tu, Wallahualam lah. Tapi kalau betul kerajaan spent RM2Juta on PSY, for me lah eh, TAK BERBALOI dan TAK PERLU LANGSUNG. Tapi, yang Raa pelik, apa kejadahnya kerajaan nak spent RM2Juta on PSY? Kenapa artis-artis sebelum ni yang datang Malaysia dia tiada spent apa-apa pun? So, ada kemusykilan disitu, sama ada ni semua benar-benar terjadi atau sekadar konspirasi pihak pembangkang nak menjatuhkan kerajaan. Woah, sounds like typical politicians. HAHA. Well, kita ni sebagai warganegara Malaysia, kita kena ada knowledge pasal politik ni juga. Jadi lah teenagers yang berpengatahuan am. Penting untuk masa depan. Kalau nak kerja government, kena tahu banyak benda pasal kerajaan tau. Haa..

Lagi satu, nak kongsi pasal JDT (Johor Darul Takzim). Liga Super sedang berehat, bagi laluan untuk pemilihan kelayakan ke Piala Asia di Qatar. Antara player JDT yang terpilih, Aidil Zafuan, Norshahrul Idlan Talaha (Matyo), dan Safee Sali, setahu Raa lah. So, since dah lama berehat, until 14hb ni, jadi, JDT akan ada game berjumpa T-Team pada 16feb ni di Stadium Larkin dan juga pada 19feb ni melawan Lions XII. Game 16hb ni confirm Raa turun, cuma 19hb tu yang tak confirm sebab Raa dah balik Melaka. Sokongan akan tetap diberi, Selamanya Harimau Selatan. Ramai yang pelik and cakap, tak pernah jumpa perempuan yang fanatik bola macam raa. Ala, sebenarnya ramai je perempuan yang fanatik bola. Cuma korang je tak tahu. Sampaikan makcik Raa pernah cakap, "Aku tak tahu lah apa yang si Izra tu suka sangat dengan bola. Aku tak faham betul lah dengan perempuan yang suka tengok bola. Kalau lelaki tu aku boleh terima lagi." HAHA. Hanya mampu tergelak je bila makcik emosi gila bila Raa cerita pasal bola. HIHI.

Okaylah, itu jelah buat masa ni. Anyway, enjoy the pictures below. Berhijabista. Anyway, raa memang pakai tudung kalau pergi kelas. Insya Allah, kalau tiada apa-apa halangan dan rintangan, andai Iman tu makin kuat dan tak goyah, akan kekal dengan imej bertudung. Insya Allah :)


Salam February dan Salam Isnin semua :*

Wednesday, January 23, 2013

#Kesilapan #Kekhilafan #Cinta

Tiada seorang pun dalam dunia ni yang tak pernah buat kesilapan, lagi-lagi dalam bercinta. Kalau nak kategorikan kesilapan-kesilapan dia, memang banyak yang teramat lah kan. Benda yang paling melemahkan adalah, kekhilafan dalam percaya dengan kata-kata manis yang keluar daripada mulut pasangan kita. Okay, kat sini Raa tak boleh nak salahkan mana-mana jantina sebab tak dinafikan, dua-dua gender mempunyai masalah yang sama. Dah kata pun manusia kan. Mulut manis atau dengan kasarnya "SWEET-TALKER". Ni part yang paling paling disumpah-seranahkan semua. Perlu ke sweet-talk untuk pikat hati seseorang? Bukan ke kejujuran dan keikhlasan itu lagi penting. TAK DINAFIKAN yang memang betul TERLALU SENANG untuk mendapatkan seseorang itu dengan sweet-talks, tapi, tanpa kejujuran dan keikhlasan, hubungan tu takkan lama. So, sebaiknya better jujur dan ikhlas dengan pasangan kita. Jangan cepat sangat tabur janji-janji manis. 

Bercakap pula tentang hubungan tak kekal lama. Bila kita putus dengan pasangan kita, SELALUNYA mesti sebab orang ketiga kan? Selalunya lah. Kes macam ni memang tak dapat dinafikan lagi lah memang berleluasa, main kayu tiga, scandal kiri kanan, atau memang jenis tak boleh setia. Berat berat! Ni kes berat kalau sampai memang jenis tak boleh setia, kan? Sedih lah siapa dapat pasangan macam ni. HEHE. Tapi memang ramai yang macam ni baik lelaki, baik perempuan. Sama je semuanya. Kadang-kadangkan Raa terfikir juga, kalau tahu diri tu tak boleh setia, kenapa 'couple'? Kawan jelah dengan semua, scandal jelah dengan semua. At least, dia tak kecewakan pasangan dia yang ingatkan dia ni setia KONONNYA! Kan satu hal pula tu.

Lagi satu ni kes yang paling Raa tak berkenan sekali jenis yang cakap, "Ni jenis stock pakai buang je, yang stock buat bini aku simpan baik-baik, aku jaga baik-baik." Wehh, kau ingat manusia ni macam mainan ke haa? Amboii, kemain sedap mulut kau berkata-kata, dah siap-siap gali tanah kubur sendiri ke cik abang oi. Yang ni tak dinafikan, selalunya lelaki yang cakap macam ni. Kalau ya pun perempuan tu yang perangai buruk macam tu sampai sanggup dilayan macam tu, awak tu sebagai seorang LELAKI, seorang PEMIMPIN, yang patut pimpin orang macam tu ke jalan yang lebih elok, bukan lagi rosakkan dia dan tinggalkan dia macam tu je.

Ada nak kongsi satu phrase yang Raa ade pernah ternampak dalam Twitter kalau tak silap, ni kes orang RT lah kan, bunyinya macam ni, "Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh" Mesti tertanya kenapa statement dia macam ni kan? Sebab Lelaki yang soleh sudah semestinya boleh membimbing perempuan yang tidak solehah, kerana mereka adalah pemimpin, sebab itulah mereka ni Pemimpin Keluarga. So, baik buruknya yang berlaku sekarang kena salahkan lelaki juga kerana jika mereka melawan nafsu mereka, benda-benda buruk INSYAALLAH tidak akan berlaku.

Sunday, January 20, 2013

Materialistic V Realistic

Ramai yang selalu cakap "Perempuan ni semua materialistik." Kenapa mereka cakap macam ni? Alasan mereka, "Perempuan mana nak pandang lelaki yang tiada kenderaan ni. Sebelah mata pun dia tak pandang." Kenapa mereka boleh datang dengan statement ni? Jawapan mereka, "Tengok je lah kalau lelaki yang ada kenderaan, pasti ada perempuan di sebelahnya. Tapi, yang bermotor, jarang ada perempuan di belakang mereka." Itu daripada segi kenderaan. Daripada segi pekerjaan pula. Mereka kata perempuan ni materialistic adalah kerana yang berkerjaya sahaja yang selalu dipilih berbanding yang tiada kerjaya. Atau mungkin yang lebih berpangkat yang lebih dipilih daripada yang tiada pangkat. Okay, sampai sini je segmen Soal dan Jawab.

Sekarang ruang untuk raa pula bagi pendapat tentang perkara ni. Korang semua perlu tahu membezakan antara materialistik dengan realistik. Orang yang Materialistik adalah cenderung kepada seseorang yang TERLALU, raa tekankan, TERLALU menitikberatkan tentang harta dan kebendaan, atau mungkin jawatan dan standard. Well, bagi perempuan zaman sekarang, mereka bukanlah Materialistik, mungkin segilintirnya, ya, tak dapat dinafikan, tapi, bukan kesemuanya. Mereka lebih kepada Realistik, yang mana, takkan mereka nak ada pasangan yang tiada kerjaya? Macam mana dengan makan pakai mereka nanti? Mungkin ada yang cakap, "kalau dah cinta, harta bukan segalanya." Yes! Tapi, kalau awak ada masalah kewangan dan tiap-tiap hari bergaduh pasal duit, adakah masih ada "CINTA" itu? Duit itu PENTING! Cuma, jangan jadi hamba duit. Dulu Raa pun berpegang pada phrase "kalau dah cinta, duit bukan segalanya." Tapi, bila kita dah makin besar, dah mula hidup sendiri, hidup berdikari, dah mula pegang duit, dah start cari duit sendiri, time tu baru sedar yang phrase tu memang tak boleh pakai. So, lelaki lelaki diluar sana, jangan marahkan kami kalau kami berkelakuan begini. Bukan bersikap materialistik, tapi, realistik. Ada je perempuan yang sanggup bersusah demi cinta, tapi, jarang sekali untuk jumpa. Kenapa mesti kita menyusahkan diri kita untuk someone yang tak pernah berusaha untuk membuat diri mereka senang? Kenapa? Fikirkan! Kepada kaum Adam, jangan main sedap mulut je cakap perempuan ni Materialistik okay! We're being REALISTIC, NOT MATERIALISTIC!

Tuesday, January 15, 2013

Kerana Cinta Kita Jadi Bodoh

Kenapa kita sanggup kelihatan tersangat bodoh dalam bercinta? Kenapa kita sanggup diperbodohkan bila kita mencintai seseorang? Kenapa kita bodohkan diri kita dengan menunggu orang yang kita cinta? Kenapa kita tak sedar yang semua pandang kita dengan pandangan sinis kerana kita bodoh mengharap pada benda yang tak pasti?

Emosi sangat raa rasa sekarang ni. Taktau apa yang ada dalam kepala raa sekarang. I feel extremely down lately. Lagi-lagi bila ia membabitkan seseorang yang raa sayang and cinta. Raa tak tahu apa yang raa harus buat untuk dapatkan dia balik, because I just need him in my life. Kenapa sukar sangat untuk dia terima raa balik? Besar sangat ke salah Raa kat dia sampai dia buat Raa macam ni? Atau mungkin masa raa dengan dia, dia tak pernah pun sayang raa?! For how many times more should I face all these? I have been facing all these too many times, please, not for this time. 

Kadang-kadang, bila tengok dia happy, raa turut rasa happy. Tapi, bila raa sedar yang senyuman yang terukir bukan disebabkan raa and bukan untuk raa, buat raa rase down sangat-sangat. Mungkin dia tak tahu how much I love him. Dalam hidup ni banyak sangat cabaran dan dugaan kan. Raa selalu kuatkan semangat, kuatkan hati dalam face semua dugaan ni.

Tiap hari raa tak pernah skip stalk twitter dia sebab dulu raa unfollow dia. Bodoh kan? Raa tahu. raa ingat raa nak follow balik, tapi, raa takut yang bila dia tahu raa stalk dia, dia akan block raa. sebab tu raa tak berani nak follow dia. Setiap kali raa nampak dia, walaupun taik selalu, jantung ni macam nak jatuh sebab terlalu rindukan dia and terlalu sayangkan dia. Tak tahu lah apa yang berlaku kat raa sekarang. Tak tahu bilanya raa boleh terima hakikat ni semua.

Kalau ikutkan hati raa, raa takkan pernah give up. Tapi, tak tahu lah berapa lama raa boleh bertahan dengan these ignorance that he gave me. Dah macam budak bodoh je kan, menunggu benda yang kita tahu takkan jadi milik kita, Bak kata pepatah, bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Dah confirm2 benda tu takkan terjadi kan. Tapi, tak tahu kenapa raa masih lagi berusaha and tak pernah putus asa. 

Andai dia jodoh Raa, insyaAllah, Allah akan kuatkan hati Raa untuk terus berusaha untuk dia dan cinta raa. Selalu sebut nama dia dalam doa raa. Semoga Allah dengar doa raa. Amin~

I love you, MN.
Sincerely, IN.

Monday, January 14, 2013

Cinta ini membunuhku

Salam.

tak tahu nak mula daripada mana. Raa sekarang tengah down gila and sorry if I let go everything here.


Okay, Raa tak tahu nak start daripada mana. Bismillah! Okay, sekarang Raa tengah buntu sangat dengan life raa which is I feel so lost, no where to go. Kiri kanan semua raa pergi, raa terbayangkan dia. Si dia yang raa tak pernah kongsi pun kat blog before this. 


I love this one boy which is I wish I never let him go just like that. Seriously, I'm in love and yet I'm being so stupid by letting him go without any reasonable excuse! Yes, I'm stupid enough by doing that. And now, baru raa rasa sangat sangat sangat menyesal and I don't know what should I do. 


Raa satu tempat belajar dengan dia. He's in part 5 and I'm in part 6 but kitorg sebaya. He's taking Insurance and I'm taking Account. We get to know each other from BBM which is he added me first, and from whom, I've got no idea in mind at all. Coincidentally, he looks like one of my ex and it makes me feel curious to get to know him even more. As time goes by, I fall for him as he's being freaking sweet and I'm loving it. One day, he confess to me that he likes me. And, yeah, I like him to for sure. Then, dipendekkan cerita, kitorang couple and it didn't last long. Semua salah Raa which is I'm being superb paranoid and nonsense! I'm SORRY MN! 


Until now, I'm loving him and how I wish I can getback with him and how I wish I can get my love back which is him. For you MN, you might not know about this post, well, I guarantee that you don't even know about this blog anyway, but, here, I'm stating the FACT , that I love you and will always waiting for you, no matter how far you went away from my life, no matter how you ignore me, no matter how hate you are towards me, I will always loving you and waiting for you like a DUMB! I'm sorry. 


I just wish I can get that ONLY ONE CHANCE, to prove to you my love and I will take care of you and this love and us. I just wish of that ONE CHANCE! Just ONE CHANCE. 


*Praying for us*


I love you, MN. 

Sincerely, IN. 

Tuesday, January 8, 2013

C.I.N.T.A


Bila bercakap tentang CINTA, mereka akan datang dengan pelbagai pandangan, pengertian dan sebagainya. 

Ada yang cakap, "CINTA itu indah". Kalau tengah bercinta dan bahagia, memang lah indah sayang oi.

Ada pula yang cakap, "CINTA itu memeritkan". Ni selalunya orang tengah frust lah yang cakap kan. Harap bersabar yea, Raa pun pernah rasa. Perit dek nonnn!! Life must go on kan...

"CINTA itu indah dan juga memeritkan, terpulang pada kelakuan dan pemikiran kita." Haaa, ni ayat-ayat orang yang boleh dikategorikan sebagai matang. Okay, phrase ni boleh di tekan button "LIKE", "RETWEET", or "FAVOURITE". 

Kalau kita tengah sekarang, semakin ramai yang mengamalkan CINTA selepas kahwin. Okay, part ni sweet. Yelah, kalau korang ade follow cerita Setia Hujung Nyawa at TV3 pukul 7malam setiap hari Isnin hingga Khamis, korang akan tahu betapa sweetnya cinta selepas kahwin. Promo sikit. Mohon penerbit Setia Hujung  Nyawa tengok blog ni and bagi commission. EH! takdelah.. HEHE :D

Kadang-kadang kan, bila dah banyak kali sangat menderita pasal cinta, mesti terfikir nak suruh parents je carikan jodoh. Mase tu Raa pernah cakap dengan nenek, "Maktok, Aye rase last last kan, maktok jelah carikan jodoh untuk Aye, jodoh daripada orang tua dan yang dapat restu orang tua tu kan lagi berkat". Pastu nenek balas macam ni bunyinya, "Maktok bole je nak kenalkan Yar kat anak kawan-kawan Maktok, tapi, kenalah ubah perangai tu jadi lebih tertib, pemakaian tu lebih sopan, barulah nak recommendkan pun tak ada masalah". Haa, kan dah kena sekolah dengan nenek. HEHE. Tapi ada betulnya juga. Ohyea, mungkin ada yang tertanya, kenapa "Aye" and "Yar". Kalau dalam family, Raa bahasakan diri Raa as "Aye" sebab dulu mase kecil, nak bahasakan "Saya" tapi, pelat, so, jadilah "Aye". Tu yang terus melekat sampai sekarang. And "Yar" tu, diaorang yang panggil nama tu. Ringkas dan simple!

Back to topic, amboi, speaking! HAHA. Dalam mencari jodoh ni, kalau kita menginginkan jodoh yang baik kita perlu jadi baik dulu. What we give, we get lah kan. Okaylah, nak celoteh panjang-panjang nanti takut korang penat pulak nak membaca kan. HEHE. 

Okaylah, sampai sini sahaja. Masyeh sebab sudi baca! Salam ;) 

Monday, January 7, 2013

Jadual Match Darul Takzim FC




Salam.

Hari ni, kita berbual pasal BOLA lagi. Bola, bola, bola. Bola selalunya sinonim dengan kaum Adam, betul tak? Well, jangan tak tahu, kaum Hawa pun ada yang gila bola tau. Macam Raa ni, takdelah sampai gila bola, tapi, minat lah. And and, kepada sesiapa yang pernah baca entry Raa sebelum ni, mesti tahu Raa sokong apa, maksud Raa yang local punya eh. Dah kata pun membesar di Johor, haruslah sokong Darul Takzim FC and Johor FA.


Sejak dua menjak yang TMJ dah beli star-star macam Safee Sali, Matyo, Safiq Rahim, dll, ramai betul yang dengki dengan Darul Takzim FC and Johor pun kenalah tempiasnya sekali. Ala, tak bestlah dengki dengki ni. Kita kan bersukan sahaja. Chill lah. 


Untuk entry kali ni sebenarnya Raa just nak share dengan korang pasal Jadual Perlawanan Johor FA dengan Darul Takzim FC.



Yang ini Jadual Perlawanan untuk Johor FA.


Yang ni pula, Jadual Perlawanan untuk Darul Takzim FC


Kepada yang ada kat Johor tu, turunlah padang memberi semangat kepada Harimau Selatan kita and gegarkan Stadium Pasir Gudang dan Stadium Larkin. Kalau ada jodoh, kita jumpa lah kat Stadium Larkin 12hb ni.

Hari ni, Darul Takzim bertemu Pahang pada jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur. Tak dapat nak turun padang since Raa ada class and study kat Melaka. Tapi, insyaAllah, Sabtu ni di Stadium Larkin Raa akan turun. InsyaAllah :)


Okaylah, last pesanan, Luaskan kuasamu Johor. Tingkatkan sokongan moga sedikit sebanyak dapat membakar semangat pemain pemain kita. Sokonglah Harimau Selatan! :)

Saturday, January 5, 2013

Johor Darul Takzim #Luaskan Kuasamu Johor

Johor Darul Takzim (JDT)
Luaskan Kuasamu Johor.


Ni lah logo Johor Darul Takzim (JDT) . Ni juga lah logo yang jadi kontorversi kononnya logo Harimau ni logo drpd salah satu pasukan bola daripada kelab Richmond FC. Untuk baca lebih lanjut, klik link ni - http://sports.mylaunchpad.com.my/senarai-artikel/artikel/newsid/273196/logo-darul-takzim-fc-timbul-kontroversi

Whatever it is, pada Raa lah, tak kisah pun pasal tiru ke tak tiru ni, sebab Richmond FC ni beraksi dlm sukan ragbi. Alaa, tak kisah lah, yang penting kualiti diaorang tu yang kita tengok. Yang penting, Raa sokong JDT! Siap pergi stadium lagi tau mase Perlawanan 4 Penjuru kat Stadium Larkin, Johor Bahru. 


Ni gambar kat Stadium Larkin. Disebabkan lambat, so, Raa dapat seat at belakang goal. OK TAK BEST! 
Tp, yang bestnya, dapat tengok dorang beraksi secara LIVE. Excited you'alls!



Ni lah jersey Johor Darul Takzim yg musim lepas punya. Dorang kata dah takde keluar lagi, tu yang pulun terus beli tu. Dapat murah RM50. Kalau tak, dorang jual RM60. Sebab ni pun last piece yg Raa grab. Kira okaylah. Nasib baik size pun ngam! HEHE. I'm a happy girl bila sarung baju ni. Proud of Johorean walaupun ramai yang kutuk JDT sebab beli star. 


Ni gambar after habis match. Kitorg dapat seat at Scoreboard. Tapi, sadly, taknampak score 5-1 tu. JDT menang 5 - 1 terhadap Woodlands Wellington . Bangga jap. HEHE.


Ni adik-adik and yang lelaki ni, kawan Raa. Rapat betul dia dengan adik2 Raa. Suka sangat melayan kerenah budak-budak ni. Nakalnya MasyaAllah. Terima Kasih Ejad :)





Ni lah jersey Johor Darul Takzim yang paling baru/. Ada 3 jenis, Home, Away and Third.
Raa dah order yang Home punya. tunggu delivery je! Tak sabar nak sarung Jersey Johor Darul Takzim yang baru ni. Excited sangat sangat ni. HEHE.

Okaylah, sampai sini jelah buat masa ni. Anyway, thanks sebab sudi baca entry kali ni. 
Salam.

XOXO 



Friday, January 4, 2013

Hello Readers.



Cinta? Satu subjek yg sangat kompleks yang mane boleh buat kita alami pelbagai jenis perasaan baik postive ataupun negative.
Cinta buat kita  hilang "pandangan", "perasaan", dan "pendengaran".

Tetiba Raa rase kekok pulak nak update pasal apa. Yang pasti, Raa rindu zaman update blog setiap hari. 
Rindu dengan kepetahan Raa sendiri. 

Sekarang, Raa still memperbaiki diri sejak2 dah single ni, perbaiki diri utk jodoh di mase depan. Amboii! Bukan apelah kan, kena lah persiapkan diri utk jadi yang tbaik utk org yg kita cinta kan? Rindu nak share erita pasal boyfie. Sadly, I don't have boyfie! But, I'm enjoying my single life as I get to know people and improve myself.

Dalam hidup ni, lagi banyak kita bergaul, lagi banyak kita belajar erti kehidupa dan tingkah laku manusia. Macam-macam jenis orang dah Raa jumpa. Ada yang I wish I fall for them, and ada yang I wish I never knew them. Tu biasa lah.

Haa, tetiba nak drop an opinion sikit. Lately ni, selalu observe people, and what I can get based on my observation, ramai perempuan yang tak boleh move on. Termasuklah, saya sendiri, Izra Nadia. The power of love tu kuat tau! Perempuan ni, kalau dah bercinta, sakan nohh! (cakap kat diri sendiri). Tapi, yelaa ade pro and contrast dia. 

Dalam mengenali orang tu, kena lah hatihati, takut tersalah pilih. *pesanan mama*
Tak semua orang sama. Kot kot dapat yg sewel, haa, dgn engkorang sekali sewel. So, choose wisely.
Kadang kita kena memilih juga dlm berkawan ni. 

Okaylah, tu jelaa kot! ta banyak nak share. cukup lah sampai sini. Byee!