BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

musicaa

.ESTANGOIZEY.

.ESTANGOIZEY.
.

Tuesday, November 1, 2011

Begitu cepat kau berubah hati.

Kenapa awak buat saya macam ni?

Awak tahu tak yang saya tak pernah suka orang lain selain awak?

Kenapa mesti ini yang awak balas pada saya?

Mungkin bayak kesalahan saya terhadap awak dulu,

tapi, saya dah berubah.

Hati ini hanya untuk awak sahaja.

Tersimpan hanya untuk dirimu.


Kenapa begitu sukar untuk awak berubah demi hubungan kita?

Dah setahun lebih kita jalani hidup bersama,

kenapa awak masih lagi tak berubah?

Susah sangat ke untuk awak berkorban demi hubungan ini?

Tak banyak yang saya suruh, hanya kesetiaan yang ku pinta.


Awak suruh saya faham awak,

saya dah faham dengan cara hidup awak.

Tapi, maafkan saya, saya tak boleh faham,

dan saya tak nak faham bila sesuatu itu melibatkan perempuan lain.


Semalam, awak mengaku awak pernah suka dia,

awak suka dia masa kita ada masalah.

Sentap hati saya baca SMS awak tu.

Kejap je awak dah berubah hati.

Sedangkan kita tak lah ada dalam keadaan yang teruk pun masa tu.

Tergamak awak buat saya begini awak.

Tak boleh ke awak faham dan mengerti tentang perasaan saya.

Maluu saya awak!


Tapi, saya tolak semua tu ketepi,

Ya, saya kalah dengan tangisan awak,

saya tak boleh dengar awak menangis.

Tangisan awak adalah kelemahan saya,

Awak mengdu dengan saya pasal kesedihan awak,

tentang kehidupan awak,

dan saya tahu, saya kena jaga awak,

Jadi, saya janji yang saya akan sayang awak,

saya akan jaga awak,

walaupun awak sakiti hati saya.

Awak pergilah kat sesiapa yang awak mahu,

saya tetap disini, jaga awak.


Alhamdulillah, awak terus berubah dan janji akan jadi seperti yang dulu.

Saya terus menangis, saya bersyukur kerana Allah tunaikan permintaan saya.

Allah dengar doa saya. Alhamdulillah!

Saya bersyukur sangat-sangat!

Terima Kasih Allah.


Saya akan tunggu awak berubah.

Saya nak jadikan awak lelaki yang terakhir.

Saya tak nak ada lelaki lain selepas awak.

Saya harap awak tak lagi bermain janji.

Saya percayakan awak sayang.

Saya tahu, kesabaran tu amat penting.

Bila saya sabar, InsyaAllah, saya dapat balasan yang setimpal.

InsyaAllah.


Doakan yang terbaik buat kami berdua.

Amin!