Tiada seorang pun dalam dunia ni yang tak pernah buat kesilapan, lagi-lagi dalam bercinta. Kalau nak kategorikan kesilapan-kesilapan dia, memang banyak yang teramat lah kan. Benda yang paling melemahkan adalah, kekhilafan dalam percaya dengan kata-kata manis yang keluar daripada mulut pasangan kita. Okay, kat sini Raa tak boleh nak salahkan mana-mana jantina sebab tak dinafikan, dua-dua gender mempunyai masalah yang sama. Dah kata pun manusia kan. Mulut manis atau dengan kasarnya "SWEET-TALKER". Ni part yang paling paling disumpah-seranahkan semua. Perlu ke sweet-talk untuk pikat hati seseorang? Bukan ke kejujuran dan keikhlasan itu lagi penting. TAK DINAFIKAN yang memang betul TERLALU SENANG untuk mendapatkan seseorang itu dengan sweet-talks, tapi, tanpa kejujuran dan keikhlasan, hubungan tu takkan lama. So, sebaiknya better jujur dan ikhlas dengan pasangan kita. Jangan cepat sangat tabur janji-janji manis.
Bercakap pula tentang hubungan tak kekal lama. Bila kita putus dengan pasangan kita, SELALUNYA mesti sebab orang ketiga kan? Selalunya lah. Kes macam ni memang tak dapat dinafikan lagi lah memang berleluasa, main kayu tiga, scandal kiri kanan, atau memang jenis tak boleh setia. Berat berat! Ni kes berat kalau sampai memang jenis tak boleh setia, kan? Sedih lah siapa dapat pasangan macam ni. HEHE. Tapi memang ramai yang macam ni baik lelaki, baik perempuan. Sama je semuanya. Kadang-kadangkan Raa terfikir juga, kalau tahu diri tu tak boleh setia, kenapa 'couple'? Kawan jelah dengan semua, scandal jelah dengan semua. At least, dia tak kecewakan pasangan dia yang ingatkan dia ni setia KONONNYA! Kan satu hal pula tu.
Lagi satu ni kes yang paling Raa tak berkenan sekali jenis yang cakap, "Ni jenis stock pakai buang je, yang stock buat bini aku simpan baik-baik, aku jaga baik-baik." Wehh, kau ingat manusia ni macam mainan ke haa? Amboii, kemain sedap mulut kau berkata-kata, dah siap-siap gali tanah kubur sendiri ke cik abang oi. Yang ni tak dinafikan, selalunya lelaki yang cakap macam ni. Kalau ya pun perempuan tu yang perangai buruk macam tu sampai sanggup dilayan macam tu, awak tu sebagai seorang LELAKI, seorang PEMIMPIN, yang patut pimpin orang macam tu ke jalan yang lebih elok, bukan lagi rosakkan dia dan tinggalkan dia macam tu je.
Ada nak kongsi satu phrase yang Raa ade pernah ternampak dalam Twitter kalau tak silap, ni kes orang RT lah kan, bunyinya macam ni, "Lelaki soleh digalakkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh" Mesti tertanya kenapa statement dia macam ni kan? Sebab Lelaki yang soleh sudah semestinya boleh membimbing perempuan yang tidak solehah, kerana mereka adalah pemimpin, sebab itulah mereka ni Pemimpin Keluarga. So, baik buruknya yang berlaku sekarang kena salahkan lelaki juga kerana jika mereka melawan nafsu mereka, benda-benda buruk INSYAALLAH tidak akan berlaku.
Wednesday, January 23, 2013
#Kesilapan #Kekhilafan #Cinta
Posted by ! ezranadea ! at 2:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment