BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

musicaa

.ESTANGOIZEY.

.ESTANGOIZEY.
.

Sunday, January 20, 2013

Materialistic V Realistic

Ramai yang selalu cakap "Perempuan ni semua materialistik." Kenapa mereka cakap macam ni? Alasan mereka, "Perempuan mana nak pandang lelaki yang tiada kenderaan ni. Sebelah mata pun dia tak pandang." Kenapa mereka boleh datang dengan statement ni? Jawapan mereka, "Tengok je lah kalau lelaki yang ada kenderaan, pasti ada perempuan di sebelahnya. Tapi, yang bermotor, jarang ada perempuan di belakang mereka." Itu daripada segi kenderaan. Daripada segi pekerjaan pula. Mereka kata perempuan ni materialistic adalah kerana yang berkerjaya sahaja yang selalu dipilih berbanding yang tiada kerjaya. Atau mungkin yang lebih berpangkat yang lebih dipilih daripada yang tiada pangkat. Okay, sampai sini je segmen Soal dan Jawab.

Sekarang ruang untuk raa pula bagi pendapat tentang perkara ni. Korang semua perlu tahu membezakan antara materialistik dengan realistik. Orang yang Materialistik adalah cenderung kepada seseorang yang TERLALU, raa tekankan, TERLALU menitikberatkan tentang harta dan kebendaan, atau mungkin jawatan dan standard. Well, bagi perempuan zaman sekarang, mereka bukanlah Materialistik, mungkin segilintirnya, ya, tak dapat dinafikan, tapi, bukan kesemuanya. Mereka lebih kepada Realistik, yang mana, takkan mereka nak ada pasangan yang tiada kerjaya? Macam mana dengan makan pakai mereka nanti? Mungkin ada yang cakap, "kalau dah cinta, harta bukan segalanya." Yes! Tapi, kalau awak ada masalah kewangan dan tiap-tiap hari bergaduh pasal duit, adakah masih ada "CINTA" itu? Duit itu PENTING! Cuma, jangan jadi hamba duit. Dulu Raa pun berpegang pada phrase "kalau dah cinta, duit bukan segalanya." Tapi, bila kita dah makin besar, dah mula hidup sendiri, hidup berdikari, dah mula pegang duit, dah start cari duit sendiri, time tu baru sedar yang phrase tu memang tak boleh pakai. So, lelaki lelaki diluar sana, jangan marahkan kami kalau kami berkelakuan begini. Bukan bersikap materialistik, tapi, realistik. Ada je perempuan yang sanggup bersusah demi cinta, tapi, jarang sekali untuk jumpa. Kenapa mesti kita menyusahkan diri kita untuk someone yang tak pernah berusaha untuk membuat diri mereka senang? Kenapa? Fikirkan! Kepada kaum Adam, jangan main sedap mulut je cakap perempuan ni Materialistik okay! We're being REALISTIC, NOT MATERIALISTIC!

0 comments: