BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

musicaa

.ESTANGOIZEY.

.ESTANGOIZEY.
.

Tuesday, January 8, 2013

C.I.N.T.A


Bila bercakap tentang CINTA, mereka akan datang dengan pelbagai pandangan, pengertian dan sebagainya. 

Ada yang cakap, "CINTA itu indah". Kalau tengah bercinta dan bahagia, memang lah indah sayang oi.

Ada pula yang cakap, "CINTA itu memeritkan". Ni selalunya orang tengah frust lah yang cakap kan. Harap bersabar yea, Raa pun pernah rasa. Perit dek nonnn!! Life must go on kan...

"CINTA itu indah dan juga memeritkan, terpulang pada kelakuan dan pemikiran kita." Haaa, ni ayat-ayat orang yang boleh dikategorikan sebagai matang. Okay, phrase ni boleh di tekan button "LIKE", "RETWEET", or "FAVOURITE". 

Kalau kita tengah sekarang, semakin ramai yang mengamalkan CINTA selepas kahwin. Okay, part ni sweet. Yelah, kalau korang ade follow cerita Setia Hujung Nyawa at TV3 pukul 7malam setiap hari Isnin hingga Khamis, korang akan tahu betapa sweetnya cinta selepas kahwin. Promo sikit. Mohon penerbit Setia Hujung  Nyawa tengok blog ni and bagi commission. EH! takdelah.. HEHE :D

Kadang-kadang kan, bila dah banyak kali sangat menderita pasal cinta, mesti terfikir nak suruh parents je carikan jodoh. Mase tu Raa pernah cakap dengan nenek, "Maktok, Aye rase last last kan, maktok jelah carikan jodoh untuk Aye, jodoh daripada orang tua dan yang dapat restu orang tua tu kan lagi berkat". Pastu nenek balas macam ni bunyinya, "Maktok bole je nak kenalkan Yar kat anak kawan-kawan Maktok, tapi, kenalah ubah perangai tu jadi lebih tertib, pemakaian tu lebih sopan, barulah nak recommendkan pun tak ada masalah". Haa, kan dah kena sekolah dengan nenek. HEHE. Tapi ada betulnya juga. Ohyea, mungkin ada yang tertanya, kenapa "Aye" and "Yar". Kalau dalam family, Raa bahasakan diri Raa as "Aye" sebab dulu mase kecil, nak bahasakan "Saya" tapi, pelat, so, jadilah "Aye". Tu yang terus melekat sampai sekarang. And "Yar" tu, diaorang yang panggil nama tu. Ringkas dan simple!

Back to topic, amboi, speaking! HAHA. Dalam mencari jodoh ni, kalau kita menginginkan jodoh yang baik kita perlu jadi baik dulu. What we give, we get lah kan. Okaylah, nak celoteh panjang-panjang nanti takut korang penat pulak nak membaca kan. HEHE. 

Okaylah, sampai sini sahaja. Masyeh sebab sudi baca! Salam ;) 

0 comments: